Apple Perkenal iPad Mini Baharu Dengan Skrin OLED – Harga Bermula RM2,999

TechnologyDigital
26 Oct 2026 • 9:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini secara rasminya memperkenalkan iPad Mini generasi baharu, yang kini hadir dengan skrin lebih baik, iaitu skrin paparan OLED. Bersama-sama dengan panel paparan, iPad Mini kini bersaiz sedikit besar dengan panel paparan 8.5-inci dengan pilihan paparan tekstur-nano.

Image from: Apple Perkenal iPad Mini Baharu Dengan Skrin OLED – Harga Bermula RM2,999

Melengkapkan tablet bersaiz mini ini adalah cip A20 Pro yang terkini, dilengkapi dengan sokongan WiFi 7, Belutooth 6, dan juga kalis air dan debu IP67. Apple mengatakan ia kini menawarkan prestasi tinggi dan pada masa yang sama juga sambungan rangkaian lebih pantas berbanding generasi sebelumnya – dilihat turut dioptimasikan untuk penawaran dan penggunaan tugasan berasaskan AI melaluinya. 

iPad Mini baharu ini hadir dengan tiga pilihan konfigurasi cip A20 Pro berbeza. Model 128GB dan 256GB hadir dengan cip 5 teras CPU, 7-teras GPU, 16-teras Neural Engine. Model 512 hadir dengan cip 6-teras CPU, 7-teras GPU dan dwi 16-teras Neural Engine.

Image from: Apple Perkenal iPad Mini Baharu Dengan Skrin OLED – Harga Bermula RM2,999

Melengkapkan tablet ini juga adalah kamera 12MP Center Stage di hadapan. Apple iPad Mini baharu ini hadir terbina dengan iPadOS 27. Sokongan Siri AI masih belum diaktifkan untuk pengguna Malaysia. Tablet mini ini turut menyokong input menggunakan Apple Pencil.

Di Malaysia, iPad Mini baharu ini boleh dipra-tempah bermula 29 Oktober, dan akan dijual bermula 6 November 2026. Berbeza dengan penawaran model Apple lain, iPad Mini masih ditawarkan dengan storan bermula 128GB.

  • iPad Mini 128GB Wifi- RM2999
  • iPad Mini 128GB Selular – RM3699
  • iPad Mini 256GB Wifi – RM3399
  • iPad Mini 256GB Selular – RM4099
  • iPad Mini 512GB Wifi – RM4299
  • iPad Mini 512GB Selular – RM4999

Apple turut menawarkan variasi pilihan dengan panel Nano-Texture dengan bayaran tambahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved