Insta360 Mic Diperkenalkan Dengan Skrin E‑Ink, Rakaman 32‑Bit Float Dan Slot MicroSD

TechnologyDigital
23 Oct 2026 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 memperkenalkan mikrofon nirwayar baharu melalui Insta360 Mic, yang diposisikan di antara Mic Air dan Mic Pro dalam barisan produk audionya. Antara ciri yang diketengahkan ialah skrin E-Ink yang boleh dipaparkan dengan imej pilihan pengguna, sama ada logo, grafik atau gambar lain.

Image from: Insta360 Mic Diperkenalkan Dengan Skrin E‑Ink, Rakaman 32‑Bit Float Dan Slot MicroSD

Ia juga dilengkapi slot microSD yang membolehkan audio dirakam terus pada mikrofon sebagai salinan sandaran. Ini bermakna rakaman masih boleh digunakan sekiranya berlaku gangguan sambungan antara mikrofon dan peranti digunakan ketika sesi rakaman berlangsung. Pada masa yang sama, sokongan rakaman 32-bit float membantu mengurangkan risiko audio pecah apabila suara dirakam terlalu kuat atau terlalu perlahan, manakala AI Noise Canceling pula membantu mengurangkan bunyi persekitaran untuk rakaman suara yang lebih jelas.

Image from: Insta360 Mic Diperkenalkan Dengan Skrin E‑Ink, Rakaman 32‑Bit Float Dan Slot MicroSD

Insta360 Mic turut menyokong sehingga empat pemancar pada satu penerima sesuai untuk rakaman podcast, temu bual atau kandungan yang melibatkan beberapa individu serentak. Menariknya, pemancar Insta360 Mic dan Mic Pro juga boleh digunakan bersama pada penerima yang sama.  Dari segi ketahanan bateri, setiap pemancar mampu beroperasi sehingga 13 jam manakala bekas pengecas yang disertakan membolehkan jumlah masa penggunaan mencecah 34 jam.

Image from: Insta360 Mic Diperkenalkan Dengan Skrin E‑Ink, Rakaman 32‑Bit Float Dan Slot MicroSD

Turut ditawarkan ialah ciri Direct Connect yang membolehkan mikrofon disambungkan terus ke beberapa kamera Insta360 terpilih menerusi Bluetooth tanpa memerlukan penerima tambahan. Buat masa ini, Insta360 belum mendedahkan harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved