Apple Perkenal iPhone 17 Dengan Cip A19 dan Kamera Hadapan Center Stage – Bermula RM3999 

TechnologyDigital
10 Sep 2025 • 2:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti pada setiap bulan September, hari ini Apple telah memperkenalkan siri terbaru keluarga iPhone mereka. Model versi paling asas di bawahnya adalah iPhone 17. iPhone 17 hadir dengan sejumlah kemas kini dan penaiktarafan dari segi spesifikasi, dan pada masa yang sama mengekalkan rekaan ikonik iPhone.

image is not available

iPhone 17 hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci Super Retina XDR dengan sokongan ProMotion, sekaligus membolehkan pengguna menikmati kadar segar semula 1-120Hz LTPO buat pertama kalinya pada model bukan Pro. Ini sekaligus lebih baik melalui sokongan cip terbaru Apple, iaitu Apple A19 dengan binaan berasaskan 3nm. iPhone 17 kini hadir dengan storan asas 256GB dengan tiada lagi penawaran 128GB.

image is not available

Kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 48MP dengan sokongan telefoto optikal 2X dan lensa ultra lebar 48MP. Apple turut menyertakan kamera hadapan 18MP dengan sensor empat segi sama untuk Center Stage. Sensor empat segi sama yang digunakan membolehkan gambar swafoto yang lebih baik diambil disamping saiznya hampir dua kali ganda berbanding generasi terdahulu. Camera Center Stage membolehkan gambar swafoto landskap diambil walaupun kamera dipegang menegak.

image is not available

iPhone 17 juga turut menyertakan cip rangkaian tanpa wayar Apple tersendiri, dinamakan N1 – yang akan digunakan untuk WiFI7, Bluetooth 6 dan Thread. Menguasakan telefon pintar ini adalah sistem operasi Apple terbaru iOS 26 yang hadir dengan rekaan Liquid Glass.

image is not available

Panel skrin depan dan belakang menggunakan panel Ceramic Shield 2 yang tahan lasak. Ini ialah kali pertama Ceramic Shield 2 digunakan pada bahagian belakang iPhone. Walaupun kapasiti bateri tidak didedahkan, Apple berkata ia boleh menstrim video sehingga 30 jam secara berterusan sementara pegecasan 50% boleh dicapai dalam masa 20 minit menggunakan pengecas 40W.

Pengguna di Malaysia boleh membuat pra-tempahan bermula 12 September ini, dan ia akan dijual pula bermula 19 September. Ia akan dijual pada harga RM3999 untuk model 256GB dan RM4999 untuk model 512GB dengan pilihan warna lavender, mist blue, sage, white, dan black.