Apple Perkenal iPhone Pocket – Kain Bebat Untuk Membawa iPhone

TechnologyLifestyle
11 Nov 2025 • 6:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini memperkenalkan iPhone Pocket, iaitu sebuah kain bebat khas yang dihasilkan bersama ISSEY MIYAKE, dalam membolehkan pengguna membawa iPhone secara bergaya sama ada dengan mengikatnya pada badan atau membawanya di tangan.

image is not available

iPhone Pocket ini ditawarkan terhad di beberapa buah negara sahaja, pada harga $149.95 (~RM 650) untuk bebat pendek dan $229.95 (~RM 989) untuk bebat yang panjang. Selain iPhone, ia juga boleh membawa beberapa barangan yang biasa dibawa dalam saku atau poket, termasuk AirPods.

image is not available
image is not available

Ia hadir dalam beberapa pilihan warna, dan boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna. Buat masa ini, kain bebat ini akan hanya dijual di Hong Kong, Tokyo, Shanghai, Paris, Seoul, Singapura, Milan, London, New York dan Taipei sahaja. Belum diketahui sama ada ia akan ditawarkan juga ke Malaysia di masa hadapan