Apple Saman Bekas Kakitangan Yang Didakwa Mencuri Rahsia Vision Pro

TechnologyDigital
2 Jul 2025 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple memfailkan sama ke atas seorang bekas kakitangan yang didakwa mencuri dokumen rahsia syarikat berkaitan Vision Pro sebelum beliau berpindah ke Snap. Saman ke atas Di Liu difailkan pada 24 Jun lalu dengan beliau didakwa memindahkan dokumen berkaitan reka bentuk produk, ujian, strategi rantaian bekalan dan ciri baharu Vision Pro ke storan awanan milik beliau.

image is not available

Beliau bertugas selama 7 tahun di Apple dan memegang jawatan sebagai jurutera rekabentuk produk kanan. Notis berhenti kerja difailkan beliau atau sebab kesihatan dan ingin menghabiskan lebih masa dengan keluarga. Namun begitu Apple mendakwa sebab sebenar ialah beliau menerima tawaran kerja daripada Snap.

Apabila siasatan dilakukan ke atas MacBook milik beliau, Apple menemukan beliau mengakses fail-fail yang didakwa dicuri sebelum cuba memadam sebarang bukti ia dilakukan. Selain disaman, Apple ingin semua fail yang dicuri dikembalikan semula dan akses kepada peranti diberikan bagi memastikan ia tidak lagi disimpan oleh beliau.