Apple Sanggup Membeli RAM Buatan Samsung Walaupun Harga Dinaikkan 100%

TechnologyBusiness & Finance
26 Feb 2026 • 11:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga RAM dan storan peranti tahun ini akan meningkat mendadak. Siri Galaxy S26 yang dilancarkan pagi tadi adalah RM200 lebih mahal berbanding siri Galaxy S25 gara-gara permintaan tinggi untuk RAM. Dalam situasi permintaan lebih tinggi daripada bekalan ini, wujud syarikat yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan bekalan RAM tidak terputus.

image is not available

Menurut laporan media Korea DealSite, Apple dikatakan memberi RAM LPDDR5X keluaran Samsung walaupun harga dinaikkan sebanyak 100%. Eksekutif Apple yang bertemu wakil Samsung terus bersetuju dengan harga yang diminta tanpa tawar menawar terlebih dahulu. Eksekutif Samsung pula terkejut kerana mereka hanya ingin menaikkan harga sebanyak 60% dan meletakkan peningkatan 100% untuk memulakan perbincangan harga akhir.

Ini adalah menguntungkan kepada Samsung kerana hanya mereka dan beberapa syarikat lain sahaja adalah pengeluar RAM LPDDR5X di dunia. Maka tidak mengejutkan pendapatan Samsung Device Solutions yang menghasilkan RAM meningkat 565% pada Q4 2025 berbanding suku sama tahun lalu.