HP Berkata RAM Kini Menyumbang 35% Kos Menghasilkan Komputer

TechnologyBusiness & Finance
26 Feb 2026 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mereka yang ingin membeli peranti elektronik tahun ini harus tabah kerana harga jualan meningkat mendadak disebabkan krisis bekalan RAM. Keperluan untuk pusat data yang tinggi menyebabkan ada syarikat sanggup membayar lebih semata-mata untuk memastikan bekalan diterima. HP kini mengesahkan harga RAM kini menyumbang 35% kepada kos menghasilkan peranti mereka.

image is not available

Peningkatan drastik sedangkan sebelum ini RAM hanya menyumbang antara 15% ke 18% kos pengeluaran sesebuah peranti. Trend masih menunjukkan harga jualan RAM masih terus meningkat kerana permintaan tinggi. Ini dijangka berterusan sehingga penghujung 2029 mengikut pendapat sesetengah ahli ekonomi.

Sebelum ini, beberapa pengeluar peranti telah menyasarkan untuk mengurangkan pengeluaran model baharu pada tahun ini, disamping pengeluar konsol seperti Sony yang menangguhkan pengenalan konsol generasi baharu disebabkan faktor harga memori yang tinggi ini.