Apple Sedang Membangunkan Cip Khas Untuk Cermin Mata Pintar

TechnologyDigital
9 May 2025 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cermin mata pintar ialah agenda seterusnya daripada Apple dengan Tim Cook sendiri dilaporkan berkata beliau melihatnya sebagai prioriti utama syarikat. Pembangunan cermin mata pintar sedang dilakukan dan menurut Bloomberg, Apple sedang membangunkan cip khusus untuknya.

Cip masih lagi berasaskan Apple Silicon tetapi dengan tumpuan diberikan kepada saiz, kuasa dan penggunaan kuasa. Oleh sebab itu cip siri Apple A dan Apple M tidak akan digunakan pada cermin mata pintar yang perlu ringan serta bateri bertahan lama. Bloomberg turut menyatakan dua versi cermin mata pintar sedang dibangunkan.

image is not available

Satu cermin pintar biasa dan satu lagi dengan teknologi realiti bergabung (MX) yang meletakkan skrin pada lensa. Meta telah membuktikan terdapat pasaran untuk cermin mata pintar tanpa skrin tambahan terbina pada lensa. Google dan Samsung pula sedang membangunkan cermin mata pintar dengan skrin pada lensa menggunakan Android XR.

Selepas teknologi metamesta dan set kepala MX tidak mendapat sambutan menggalakkan. Mungkin cermin mata pintar dengan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi pertaruhan seterusnya syarikat teknologi utama.