ByteDance Sedang Bangunkan Kaca Mata Pintar Dikuasakan AI

TechnologyDigital
13 Apr 2025 • 2:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ByteDance, syarikat sebalik TikTok kini dilaporkan sedang bangunkan kaca mata pintar mereka tersendiri, dikuasakan dengan kecerdasan buatan. Langkah ini juga turut akan memposisikan ByteDance sebagai antara pesaing kepada Meta yang turut melakukan pelaburan besar dalam arena ini.

image is not available

Melalui kaca mata pintar ini, ByteDance ingin memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk sokongan rakaman gambar dan video yang baik, selain ketahanan bateri lama. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi.

Untuk makluman, ByteDance sebelum ini sedia mengambil-alih pembangun peranti realiti-maya, Pico VR. Produk berkenaan sedia ditawarkan di Malaysia, menawarkan sejumlah kandungan melaluinya. Tidak mustahil teknologi daripadanya digunakan oleh ByteDance dalam pembangunan kaca mata pintar baharu ini.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan persaingan seterusnya dalam arena kaca mata pintar – yang turut akan disertai pengeluar peranti seperti Samsung dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved