
Apple setakat ini tidak begitu terkenal dengan pembangunan model kecerdasan buatan (AI) tersendiri seperti OpenAI, Anthropic, Google, Meta dan Microsoft. Apple Intelligence misalnya menggunakan Gemini sebagai model asas sebelum diubahsuai untuk keperluan mereka. Tetapi Apple telah mengiklankan jawatan yang memberikan petanda mereka sedang membangunkan ejen AI tersendiri menurut Bloomberg.

Ejen AI Apple kelak mampu menggunakan aplikasi, melayari web, menjalankan arahan komputer, menulis serta menyahpepijat kod, dan memilih alat yang sesuai untuk menyelesaikan tugasan berbilang langkah. Jawatan yang diiklankan ialah untuk ketua kejuruteraan kanan untuk merealisasikannya AI yang boleh menggunakan komputer seperti manusia, bekerja merentasi pelayar web, aplikasi, terminal, editor kod dan pelbagai perkhidmatan lain.
Apple perlu segera membangunkan keupayaan AI pada peranti mereka kerana setakat ini penawaran mereka adalah kurang kompetitif berbanding pesaing. Sementara itu pesaing mereka seperti Meta telah menawarkan Muse, Anthropic dengan Claude Duet, Google dengan Tasks dan OpenAI pula dengan Dots.




