Apple Sedang Membangunkan Skrin Pintar Untuk Mengawal Internet Benda Di Rumah

TechnologyDigital
19 Jan 2023 • 8:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple dilaporkan telah menangguhkan pembangunan kaca mata pintar mereka dan memberikan tumpuan kepada pembangunan set kepala realiti terimbuh. Masa depan kaca mata pintar mungkin tidak diketahui tetapi muncul pula ura-ura Apple sedang membangunkan skrin pintar khusus untuk mengawal peranti internet benda di rumah.

image is not available

Skrin pintar ini akan berasaskan sebuah iPad versi mampu milik yang boleh dipasang pada dinding dan sambungan magnetik kepada cagak lain. Menerusi teknologi HomeKit pelbagai peranti internet benda seperti speaker, TV, lampu, kamera litar tertutup dan banyak lagi boleh dikawal.

Ia akan menjadi produk yang sama seperti Google Nest Hub yang juga boleh digunakan sebagai peranti melakukan panggilan video. Besar kemungkinan peranti Apple ini kelak akan lebih mirip Google Pixel Tablet yang diperlihatkan tahun lalu dengan cagak magnet dengan skrin boleh ditanggalkan untuk digunakan sebagai tablet biasa.

Ura-ura Apple ingin membangunkan sebuah skrin pintar dengan speaker terbina telah didengari sejak 2021 lagi. Dengan pasaran ini kini didominasi oleh Apple dan Amazon, Apple memerlukan peranti dengan kemampuan yang sama untuk ekosistem mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved