Apple Dilaporkan Mengutamakan Pembangunan Sistem Operasi Realiti-Terimbuh – xrOS Berbanding iOS 17

TechnologyDigital
8 Jan 2023 • 11:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bloomberg kini melaporkan yang mana pembangunan sistem operasi realiti-terimbuh Apple sendiri, dikenali “xrOS” kini menerima fokus utama – sekaligus menarik sumber daripada pembangunan sistem operasi generasi baharu iOS dan juga macOS.

Langkah ini dilakukan dalam memastikan pembangunan set realiti-terimbuh Apple dapat dicapai mengikut jadual yang disasarkan. Apple sebelum ini telah diperkatakan mungkin memperkenalkan set realiti-terimbuh mereka menjelang suku pertama 2023 atau pada acara WWDC kelak.

Apa pun, disebabkan oleh fokus dan penggunaan sumber daripada pasukan lain, ia dijangka akan memberikan kesan kepada pembangunan ciri-ciri baharu pada IOS dan juga macOS pada tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved