Apple TV Kelak Boleh Menyokong VPN Dengan tvOS 17

TechnologyDigital
7 Jun 2023 • 4:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara WWDC 2023 telah pun berlangsung pagi tadi dengan pelbagai produk dan kemas kini perisian diumumkan. Selain iPad, iPhone dan Apple Watch, Apple turut mengumumkan kemas kini tvOS 17 untuk Apple TV.

Buat pertama kali Apple membawakan sokongan sambungan VPN ke tvOS 17. Tetapi sambungan VPN ini bukanlah untuk pengguna umum. Sebaliknya Apple hanya baru ingin membenarkan pembangun hadir dengan aplikasi VPN masing-masing untuk digunakan pada Apple TV.

image is not available

Sokongan VPN sudah lama disokong pada Android TV, Google TV, Tizen OS atau tetapan manual pada webOS. Dengan VPN hadir ke tvOS kelak pengguna boleh menggunakannya untuk sambungan Internet yang lebih selamat atau mengakses kandungan penstriman dari negara lain.

Selain VPN, tvOS 17 turut membawakan Control Center baharu, membolehkan iPhone mencari alat kawalan Siri, menyokong FaceTime menggunakan kamera iPhone dengan Center Stage, kandungan video dengan dialog yang dipertingkatkan dan juga sokongan Dolby Vision 8.1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved