Apple kini melalui sebuah temuramah, dipetik mengatakan mereka tidak akan membida hak penstriman EPL (Liga Perdana Inggeris) melainkan ia adalah hak siaran global. Ini kerana Apple mempunyai pengguna di seluruh dunia, dan tidak berminat untuk mendapatkan hak siaran meliputi beberapa negara sahaja. Apple sendiri menekankan mereka adalah sebuah syarikat global.
Apple dilihat lebih inginkan kerjasama seperti hak siaran Major League Soccer pada Apple TV+, yang menawarkan hak siaran global. Dengan langkah ini, Apple mengatakan ia berbaloi untuk mereka melabur dari segi hak siaran dan teknologi, dan dinikmati pengguna mereka seluruh dunia.
Mengulas lanjut, pihak Apple dipetik mengatakan mereka tidak akan menolak sebarang perkara. Namun, mereka tidak akan menandatangani sesuatu kerjasama dengan sebarang liga untuk siaran suatu negara spesifik sahaja.
- Sumber
- TheSun





