Honor Watch 4 Dilancarkan Dengan Bateri 10 Hari

TechnologyDigital
13 Jul 2023 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain Honor Magic V2 dan MagicPad 13, Honor China turut melancarkan jam tangan pintar baharu Honor Watch 4. Tidak dinafikan yang jam ini kelihatan seakan klon Apple Watch dengan ciri dan fungsi unik tersendiri.

Fokus utama jam ini adalah ia menyokong e-SIM. Untuk skrin panel AMOLED bersaiz 1.75-inch dengan resolusi 450 x 390 digunakan dengan kadar segar semula 60Hz. Honor mendakwa ketahanan bateri adalah mencapai 10 hari dan jam ini boleh digunakan tanpa ditambat kepada telefon pintar.

image is not available

Watch 4 ini hadir dengan 85 mod sukan, 12 mod senaman profesional, boleh mengimbas nadi, memantau aktiviti pengguna, memantau tidur dan juga berfungsi sebagai jam tangan pintar yang boleh memberikan notifikasi, menggunakan penggera, pembayaran nirtunai dan banyak lagi.

image is not available

Sokongan GPS turut disediakan dan berdasarkan imej promosi, pembantu digital YOYO turut diintegrasikan. Honor turut menawarkan kebolehan menukar muka jam dengan pelbagai pilihan sedia terbina.

Di China, Honor Watch 4 dijual pada harga RMB 999 (~RM642). Buat masa ini masih tidak pasti bila jam ini akan dilancarkan di Malaysia.