Apple Umum Amaran Baru Kepada Pengguna, Demi Menjaga Keselamatan

TechnologyDigital
26 Aug 2023 • 2:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Apple

Baru-baru ini, pihak Apple telah mengumumkan amaran baharu berkenaan keselamatan yang telah melarang pengguna untuk tidur berdekatan dengan iPhone yang sedang dicas.

Dalam pada itu, arahan keselamatan tersebut dikeluarkan kerana pengguna mungkin akan terdedah dengan risiko kebakaran, kecederaan atau renjatan elektrik sekiranya tidur atau duduk di atas kabel pengecas yang disambung dengan sumber kuasa. 

Malah, Apple turut melarang untuk meletakkan peranti yang sedang dicas di bawah bantal, selimut atau pada mana-mana bahagian badan.

Bukan itu sahaja, syraikat ini menasihatkan kepada pengguna untuk mengelakkan kabel pengecasan bersentuh dengan kulit dalam jangka masa yang panjang ketika sedang dicas.

Sementara itu, iPhone mempunyai pelbagai komponen elektronik yang sensitif sekaligus boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan.

image is not available

Tambahan, menggunakan iPhone dengan skrin yang retak juga boleh menyebabkan kecederaan. Apple turut meminta pengguna untuk mengendalikan peranti dengan lebih berhati-hati.

Terdahulu, Apple telah mengumumkan Mac Studio baharu yang dilengkapi dengan dua pilihan cip iaitu M2 Ultra dan M2 Max.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Wanita ini menjelaskan walaupun dia memiliki kemahiran untuk mengendalikan peluru konvensional, tetapi peranannya lebih kepada pemeriksaan fizikal, pengurusan logistik dan pelupusan peluru yang telah tamat tempoh atau pecah. #beritatiktok #ohmedia #trendingnewsmalaysia #tldm #inspirasi

♬ One Side – Iyanya