Apple Beri Amaran, Pengguna iPhone Perlu Elak Cas Telefon Masa Tidur

25 Aug 2023 • 5:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Apple bagi amaran kepada pengguna untuk tidak cas telefon sewaktu tidur

Apple Beri Amaran, Pengguna iPhone Perlu Elak Cas Telefon Masa Tidur. Seperti yang diketahui umum, sudah jadi kebiasaan pengguna telefon pintar mengecas telefon semasa tidur. Ramai pengguna berbuat demikian adalah untuk menggunakan telefon mereka pada keesokan hari dengan pengecasan yang penuh.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Apple tampil memberi amaran memaklumkan bahawa pengguna iPhone perlu mengelakkan mengecas iPhone semasa tidur dalam keadaan yang rapat.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: buanaservice

Letak telefon di bantal, tilam atau tangan adalah perkara yang bahaya

Memetik laporan, difahamkan tindakan meletakkan telefon di bantal, tilam mahupun tangan mampu mengundang kepada ketidakselesaan dan kecederaan yang tidak diingini.

Bahkan, Apple turut menyatakan bahawa pengguna perlu menggunakan common senses supaya perkara begitu tidak berulang lagi.

Bahkan, elak untuk cas guna pihak ketiga

Sementara itu, Apple turut memaklumkan kepada pengguna untuk elakkan penggunaan pengecasan pihak ketiga yang mungkin memberi kesan kepada kestabilan voltan semasa mengecas iPhone.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: lifewire

Disarankan untuk cas dalam jarak yang jauh semasa tidur

Dalam pada itu, orang ramai disarankan untuk mengecas telefon pada keadaan yang jauh atau setidaknya berjarak dengan katil yang mahu ditidur pada waktu malam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved