Apple Vision Pro hadapi masalah tanda dagang jika ingin dijual di China

Digital
12 Jun 2023 • 12:41 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple Vision Pro adalah titik permulaan pengembaraan Apple dalam dunia gogel AR/VR. Sewaktu diperkenalkan, pengeluarnya mengumumkan penjualan produk ini seawal 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, sekiranya produk ini ingin menembusi pasaran China kelak, mungkin ada sedikit cabaran yang perlu mereka atas terlebih dahulu. Dilaporkan bahawa nama "Vision Pro" sudahpun didaftarkan tanda dagangnya oleh Huawei dalam bulan Mei 2019 dahulu.

image is not available

Ia berdasarkan pengkalan data pendaftaran tanda dagang bernombor 38242888 yang mengurniakan tanda dagang Vision Pro kepada Huawei sehingga 27 November 2031 yang merangkumi produk dan servis termasuklah TV, gogel, dan kelengkapan komunikasi.

image is not available

Hal ini bermakna, Apple tidak boleh menggunakan frasa Vision Pro untuk memasarkan gogel mereka di China kelak.

Ada beberapa laluan yang boleh diambil oleh Apple berdasarkan pemerhatian. Laluan pertama adalah menukar nama Vision Pro kepada nama lain yang tidak akan bercanggah dengan mana-mana tanda dagang yang telahpun didaftarkan dalam pasaran China. Pilihan ini palih efisien namun kehilangan nama Vision Pro mungkin sedikit mencacatkan ketekalan pengenalan produk dalam kalangan pengguna.

image is not available
Huawei ada satu produk TV yang bernama Huawei Vision S

Laluan kedua adalah rundingan antara Apple dan Huawei bagi membolehkan nama Vision Pro kekal digunakan untuk merujuk kepada set gogel AR/VR ini. Sekiranya rundingan dilakukan, Huawei sudah tentu inginkan benda-benda yang menguntungkan pihaknya.

Laluan terakhir adalah Apple tidak langsung melancarkan Vision Pro di China. Namun, Apple akan terlepas potensi pasaran pengguna terbesar mereka.

Apakah solusi yang anda rasakan akan Apple ambil?

Sumber: Gizmochina

Bacaan berkaitan