Huawei Memegang Tanda Dagang Vision Pro Di China

TechnologyDigital
12 Jun 2023 • 9:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Vision Pro akan mula dijual di Amerika Syarikat awal tahun hadapan. Set kepala premium ini akan kemudiannya diperkenalkan ke pasaran lain secara berperingkat. Satu pasaran Vision Pro mungkin tidak akan dipasarkan mungkin ialah China kerana tanda dagangnya dipegang oleh Huawei.

image is not available

Huawei memfailkan tanda dagang Vision Pro pada Mei 2019. Sebelum ini Huawei menawarkan TV pintar siri Vision dan kaca mata realiti maya Vision Glass di China. Vision Pro mungkin difailkan untuk televisyen pintar premium atau kaca mata pintar premium mereka yang masih belum dilancarkan sehingga sekarang.

Sekiranya Apple ingin menjual Vision Pro di China, penggunaan nama yang perlu dilakukan. Dengan Apple mempunyai visi set kepala akan menjadi pengganti kepada iPhone di masa hadapan, sebuah nama produk yang boleh digunakan di seluruh dunia perlu dicari.