Apple Watch Dengan Skrin MikroLED Mungkin Hanya Hadir Sekitar 2026

TechnologyDigital
4 Jul 2023 • 10:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan perkembangan arena peranti, pelbagai komponen yang lebih menggunakan tenaga dengan efisien menjadi fokus – sekaligus memastikan peranti dapat digunakan untuk tempoh lebih lama. Pada bahagian peranti, panel berasaskan mikro-LED kini menjadi tumpuan kerana ia lebih menjimatkan tenaga berbanding panel LED.

Selari dengannya, pelbagai peranti melihat untuk mengintegrasikannya. Apple turut tidak ketinggalan dan ingin mengintegrasikan ia pada Apple Watch.

image is not available

Mengikut laporan sebelum ini, Apple dikatakan merancang memperkenalkan Apple Watch dengan panel mikroLED sekitar 2025. Namun, mengikut laporan terbaru, ia mungkin mengambil masa lebih lama, dan kita hanya akan dapat melihat Apple Watch dengan panel mikroLED pada 2026.

Hal ini dikatakan disebabkan oleh kos pengeluarannya yang masih tinggi buat masa ini. Apple Watch Ultra dijangka menjadi model peranti pertama Apple yang menggunakan panel berasaskan mikroLED ini.