Xiaomi Bakal Perkenal Telefon Lipat Xiaomi Mix Fold 3 Pada Bulan Ogos

TechnologyDigital
4 Jul 2023 • 10:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelbagai pengeluar peranti merancang pelancaran peranti mereka, kini Xiaomi turut tidak ketinggalan dan telah mengesahkan akan memperkenalkan Xiaomi Mix Fold 3 secara rasminya pada bulan Ogos 2023 kelak.

image is not available

Telefon boleh-lipat generasi baharu oleh Xiaomi ini dijangka hadir dengan rekaan lebih nipis, dan engsel lebih baik. Xiaomi dijangka menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama telefon pintar ini.

Selain Xiaomi, sejumlah pengeluar turut menjadualkan pelancaran peranti mereka. Samsung menjadualkan pengenalan peranti pada bulan ini, dan selain Samsung adalah OnePlus yang turut dijangka memperkenalkan telefon lipat dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved