
Apple Watch Series 12 turut diumumkan bersama Apple Watch Ultra 4 dalam acara yang sama. Ia ditawarkan dalam pilihan saiz 42mm dan 46mm dengan bahan binaan aluminium, titanium atau seramik. Model ini dilengkapi paparan Retina Display yang menyokong kecerahan sehingga 2,000 nits serta dikuasai oleh cip S11.

Apple Watch Series 12 hadir dengan sistem Health Sensing System baharu yang menggunakan sensor optikal dan elektrik lebih tepat untuk pemantauan kesihatan. Ia merekod kadar denyutan jantung setiap 5 saat serta HRV (Heart Rate Variability) setiap 5 minit bagi memastikan data lebih konsisten. Selain itu, ia menawarkan Readiness Score untuk menilai tahap tenaga harian, bersama fungsi tambahan seperti Sleep Tracking, Sleep Apnoea Notifications, Workout Buddy, Cycle Tracking, serta aplikasi Blood Oxygen dan ECG. Ia juga dilengkapi kiraan langkah yang lebih tepat, sokongan pelbagai sukan dan pengesanan gaya renang automatik dengan metrik SWOLF.

Melengkapinya lagi adalah ciri keselamatan terbina seperti Emergency SOS, Fall Detection dan Crash Detection yang memastikan perlindungan lebih menyeluruh dalam pelbagai situasi. Baterinya pula menawarkan sehingga 24 jam dalam penggunaan biasa atau sehingga 38 jam dengan mod kuasa rendah. Selain itu, Watch Series 12 juga memudahkan pengguna untuk membuat panggilan, menghantar mesej dan menstrim muzik terus daripada pergelangan tangan.

Di Malaysia, Watch Series 12 ditawarkan dengan harga bermula RM1,799 bagi model aluminium (GPS + Cellular) 42mm manakala saiz 46mm berharga RM2,099. Untuk kemasan titanium (GPS + Cellular), harga ditetapkan pada RM3,299 bagi 42mm dan RM3,549 bagi 46mm. Pilihan paling premium ialah seramik (GPS + Cellular) dengan harga RM4,049 untuk 42mm dan RM4,299 untuk 46mm.
Pratempahan boleh dibuat mulai 11 September 2026, manakala jualan rasmi akan bermula pada 18 September 2026.
Beli – Buy Apple Watch Series 12


