Apple Watch Ultra 4 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3699

TechnologyDigital
10 Sep 2026 • 4:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Watch Ultra 4 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3699

Apple Watch Ultra 4 turut dilancarkan sebagai jam tangan pintar generasi baharu yang meneruskan tradisi Apple dalam segmen sukan dan aktiviti lasak. Model ini hadir dengan kerangka titanium 49mm, paparan sejenis Retina sehingga 3,000 nits serta cip S11 yang lebih berkuasa.

Image from: Apple Watch Ultra 4 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3699
Apple Watch Ultra 4

Antara sorotan utama Watch Ultra 4 ialah sistem pemantauan kesihatan generasi baharu dengan bacaan kadar denyutan jantung secara latar belakang setiap 5 saat serta pemantauan HRV setiap 5 minit lebih tepat berbanding model terdahulu. Selain itu, Apple turut menawarkan fungsi Readiness Score untuk menilai tahap tenaga pengguna berdasarkan aktiviti dan data kesihatan asas.

Image from: Apple Watch Ultra 4 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3699

Melengkapinya juga adalah ciri kesihatan dan kecergasan tambahan seperti Sleep Tracking, Sleep Apnea Notifications, Race Route, Pacer dan Workout Buddy, di samping sokongan pelbagai sukan serta pengesanan gaya renang automatik dengan metrik SWOLF.

Image from: Apple Watch Ultra 4 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3699

Apple Watch Ultra 4 hadir dengan sokongan kompas pintar, fungsi Backtrack, Offline Maps serta aplikasi Oceanic+ yang menjadikannya peranti menyelam lengkap sehingga kedalaman 40 meter. Ia turut dilengkapi ciri keselamatan seperti Emergency SOS, Fall Detection, Crash Detection dan Siren terbina yang mampu mengeluarkan bunyi pada sehingga jarak 180 meter. Baterinya pula mampu bertahan sehingga 50 jam penggunaan biasa, 84 jam dalam mod kuasa rendah dan sehingga 45 jam Max Extended Workout Tracking Mode.

Image from: Apple Watch Ultra 4 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3699

Di Malaysia, Apple Watch Ultra 4 dijual pada harga bermula RM3,699 untuk pilihan tali baharu seperti Alpine Loop, Trail Loop dan Ocean Band. Sementara itu, versi dengan tali Titanium Milanese Loop ditawarkan pada RM4,199. Pratempahan dibuka mulai 11 September, manakala jualan rasmi bermula pada 18 September 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved