Apple Watch Series 8 sedia diperkatakan akan menyertakan sensor suhu padanya, membolehkan ia mengesan suhu badan seseorang pengguna.
Langkah ini dikatakan adalah sebahagian daripada kaedah Apple memperluaskan Apple Watch menjadi peranti kecergasan dan kesihatan.
Untuk peringkat awal, Apple Watch dijangka akan dapat mengimbas perubahan suhu badan, dan memaklumkan sekiranya pengguna mengalami demam.
Pengguna mungkin tidak akan dapat mengakses data penuh bacaan suhu, sebaliknya lebih kepada mengesan pengguna mengalami demam dan perlu merujuk kepada doktor atau sebaliknya.
Apple Watch Series 8 dijangka diperkenalkan oleh Apple bersama-sama siri iPhone baharu sekitar September atau Oktober kelak.

