Apple Watch Series 9 Hadir Dengan Kemaskini Cip, Kebolehan Menggunakan Siri Secara Kendiri

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 1:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Watch merupakan jam tangan pintar popular dari Apple, yang digunakan bukan sahaja untuk melihat jam, tetapi juga notifikasi aplikasi, penggunaan kecergasan, dan sebagainya. Pada hari ini, Apple turut memperkenalkan Apple Watch Series 9 secara rasminya.

image is not available

Apple Watch Series 9 hadir dengan kemaskini kecil berbanding model sebelum-sebelum ini. Ia kini dijana dengan cip Apple S9, serta menggunakan perisian watchOS 10 secara terbina.

image is not available

Ia hadir dalam pilihan saiz 41mm dan juga 45mm. Salah satu ciri baharu yang disertakan adalah gestur dwi-tap baharu yang memudahkan pengguna mengawal beberapa perkara dengan pantas – seperti mengawal kamera, mengaktifkan sesuatu aplikasi, menjawab panggilan dan sebagainya.

image is not available

Disamping itu, kini ia turut membolehkan pengguna mengakses pembantu maya Siri secara kendiri tanpa memerlukan iPhone berdekatan. Ini sekaligus memudahkan anda mengaksesnya ketika sedang bersenam dan berlari, tanpa pautkan ia kepada iPhone.

Apple turut menyatakan ia kini menawarkan masa penggunaan lebih lama, hasil penggunaan cip yang efisien.

Apple Watch Series 9 akan ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1899 untuk model biasa, dan bermula RM2399 untuk model bersama selular.

image is not available