Apple Watch Ultra 2: Skrin 3,000 nits, piawaian tentera, dan harga bermula RM3,799

Digital
13 Sep 2023 • 2:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam majlis pengumuman iPhone 15, Apple turut memperkenalkan kemas kini kepada jam tangan tahan lasak mereka. Apple Watch Ultra 2 membawakan pelbagai naik taraf menarik yang jadikannya lebih versatil walaupun fizikalitinya kelihatan serupa seperti generasi sebelum ini.

image is not available

Buat pengetahuan anda, jam tangan ini melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD 810H. Ia kalis air pada kedalaman sehingga 100 meter dan kalis debu pada IPX6X.

image is not available

Seperti Apple Watch Series 9, Watch Ultra 2 juga diperkasa cip pemproses baharu iaitu Apple S9. Berbanding cip generasi terdahulu, cip baharu ini mampu memproses beban kerja berkaitan AI dua kali ganda lebih pantas dengan kehadiran 4 teras Neural Engine yang baharu. Dengan segala potensi ini, Apple mengumumkan yang Siri kini memproses arahan suara anda terus di pergelangan tangan anda tanpa perlu bergantung kepada pelayan luar.

image is not available

Lagi ciri sepunya yang dimiliki Watch Ultra 2 dengan Watch Series 9 adalah cip Ultra-wide Band (UWB). Menggunakan cip ini, anda boleh cari barang-barang yang hilang menggunakan gelombang radio.

image is not available

Apple turut mengumumkan telah menambah baik panel paparan jam tangan kali ini. Menjangkakan yang Apple Watch Ultra 2 akan habiskan masanya di luar, Apple memberikan panel paparan 3,000 nits pada jam tangan ini. Ia adalah paparan paling cerah pernah dihasilkan Apple setakat ini. Bukan sahaja paling terang, malahan paling besar juga.

image is not available

Bagi memanfaat segala ruang paparan yang ada, Apple turut memperkenalkan muka jam Modular Ultra. Sekiranya perlu, pengguna boleh mengubah komponen-komponen dalam muka jam untuk memaparkan data-data yang diperlukan.

image is not available

Apple Watch Ultra 2 beroperasi di atas WatchOS 10. Satu bateri penuh beleh berikan waktu guna sehingga 36 jam dalam keadaan kasual ataupun sehingga 72 jam dalam mode jimat tenaga.

Buat yang berminat dengan jam tangan ini, ia dijual pada harga RM3,799. Tarikh penjualannya masih belum diumumkan.

Sumber: Apple

Bacaan berkaitan