Apple Watch Tidak Akan Menyokong Muka Jam Pihak Ketiga Dalam Masa Terdekat

TechnologyDigital
21 Jun 2023 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Muka jam yang dijual oleh pihak ketiga sudah menjadi kebiasaan pada jam tangan pintar Wear OS, RTOS dan Garmin OS. Ia memberikan kuasa di tangan pemilik untuk memilih muka jam yang paling serasi dengan personaliti mereka. Tetapi Apple Watch enggan memberikan ciri yang sama sejak dilancarkan lapan tahun yang lalu.

image is not available

Menerusi temuramah dengan laman TagesAngzeiger, timbalan presiden Apple Kevin Lynch dan Deidre Caldbeck menjelaskan ciri ini tidak akan diberikan. dalam masa terdekat. Ini adalah bagi memastikan semua muka jam yang ditawarkan pada Apple Watch akan dapat terus digunakan setiap kali menerima kemas kini sistem operasi. Jika muka jam dibuka kepada pihak ketiga, jaminan ini tidak boleh diberikan Apple.

Antara alasan awal Apple lapan tahun yang lalu ialah bagi mengelakkan berlaku pelanggaran harta intelek dan aplikasi yang menyokongnya telah diharamkan. Ramai mungkin tidak menyedari muka jam oleh pengeluar lain telah dipatenkan. Bagi mengelakkan diri mereka disaman, ekosistem muka jam yang tertutup digunakan. Oleh itu jika pilihan muka jam adalah penting, Apple Watch bukanlah yang terbaik untuk anda.