Ciri Pengesanan Denyutan Jantung Tidak Teratur AFib Akan Disokong Siri Galaxy Watch Tahun Ini

TechnologyDigital
15 Jun 2023 • 9:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan pintar bukan sahaja boleh memberikan notifikasi penting, dan mengawal pelbagai peranti yang dimiliki pengguna. Ia kini hadir dengan pelbagai sensor pengesanan kesihatan tubuh. Hari ini Samsung mengumumkan ciri notifikasi denyutan jantung tidak teratur akan diberikan kepada beberapa model Galaxy Watch tahun ini.

image is not available

Ia akan tiba terlebih dahulu pada siri Galaxy Watch6 yang akan dilancarkan bersama siri Z Fold5 dan Z Flip5 pada penghujung Julai kelak. Kemudiannya ia akan diberikan kepada beberapa model Galax Watch yang menerima One UI Watch 5 berasaskan Wear OS 4. Pengesanan denyutan nadi tidak teratur ini memberikan amaran pemakai mungkin mempunyai isu fibrilasi atrium (AFib) pada jantung.

Sebelum ini siri Galaxy Watch diberikan ciri mengesan tekanan darah dan juga ECG dengan kedua-duanya sudahpun boleh digunakan di Malaysia. Pada peringkat awal ciri amaran AFib hanya disokong di 13 negara iaitu Amerika Syarikat, Argentina, Azerbaijan, Costa Rica, Republic Dominica, Ecuador, Georgia, Guatemala, Hong Kong, Indonesia, Panama, UAE, dan Korea.