Applecrumby Anjur Jualan Gudang Merdeka, Tawar Diskaun Sehingga 75 Peratus

LocalSales & Promo
10 Aug 2026 • 2:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Applecrumby Anjur Jualan Gudang Merdeka, Tawar Diskaun Sehingga 75 Peratus

Applecrumby, jenama penjagaan keluarga premium dari Malaysia, bakal menganjurkan Applecrumby Merdeka Clearance Sale selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Ogos 2026 di PARC, Subang Jaya.

Jualan gudang tersebut diadakan bersempena perubahan identiti visual dan pengembangan rangkaian produk Applecrumby.

Menerusi jualan ini, pengguna berpeluang mendapatkan produk terpilih termasuk rangkaian lampin versi Korea yang menggunakan pembungkusan terdahulu pada harga istimewa.

Menurut Pengurus Besar Applecrumby, Jeremy Foo, perubahan pembungkusan tidak mengubah komitmen syarikat terhadap kualiti produk yang ditawarkan kepada pengguna.

Applecrumby turut menjelaskan bahawa jualan gudang ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan pembaziran dengan memanjangkan jangka hayat produk yang masih selamat, diperakui dan berkualiti, meskipun menggunakan reka bentuk pembungkusan terdahulu.

Applecrumby Masuki Fasa Pertumbuhan Baharu

Jualan gudang ini hadir ketika Applecrumby sedang mengembangkan perniagaannya daripada jenama penjagaan bayi kepada perniagaan penjagaan keluarga yang lebih menyeluruh.

Selepas menerima pelaburan daripada pelabur yang disokong syarikat Fortune Global 500, Applecrumby terus memperkukuh kedudukannya menerusi inovasi produk, pengembangan kategori dan pembangunan jenama.

Antara perkembangan yang bakal diperkenalkan ialah rangkaian penjagaan dewasa serta rangkaian Everyday Skincareyang diperluaskan untuk bayi, kanak-kanak dan golongan yang lebih berusia.

Perkembangan tersebut turut menjadi sebahagian daripada rancangan jangka panjang Applecrumby untuk mengembangkan jenamanya ke peringkat serantau.

Diskaun Sehingga 75 Peratus

Sepanjang jualan gudang berlangsung, pengguna boleh mendapatkan pelbagai produk Applecrumby termasuk lampin, produk penjagaan kulit dan barangan merchandise pada harga istimewa.

Antara tawaran yang menanti termasuk:

  • Diskaun sehingga 75 peratus

  • Lampin Mini Pack serendah RM11

  • Lampin Mega Pack serendah RM22.50

  • Cabutan bertuah dengan hadiah merchandise

  • Blind Draw dengan hadiah barangan Applecrumby bernilai sehingga RM599

  • Diskaun tambahan menerusi pembayaran menggunakan Atome

  • Pengunjung juga boleh menikmati kemudahan gerai makanan dan minuman yang terdapat berdekatan lokasi acara.

    Applecrumby Merdeka Clearance Sale

    14–16 Ogos 2026
    The Hall, PARC Subang Jaya

    14 Ogos (Jumaat): 4 petang – 7 malam
    15–16 Ogos (Sabtu & Ahad): 10 pagi – 7 malam

    Tempat adalah terhad dan pendaftaran diperlukan.

    Pendaftaran: Applecrumby Warehouse Sale Registration

    Tertakluk kepada terma dan syarat. Produk dan hadiah adalah selagi stok masih ada.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved