Aqara sasar pacu pertumbuhan pasaran peranti rumah pintar di Malaysia bernilai RM2.7 bilion menjelang 2027

Business & Finance
13 Jul 2023 • 5:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aqara sasar pacu pertumbuhan pasaran peranti rumah pintar di Malaysia bernilai RM2.7 bilion menjelang 2027

zulfadli

13/07/2023 - 17:59

KUALA LUMPUR 13 Julai - Firma peneraju rumah pintar Asia, Aqara memperluaskan pasarannya di Malaysia, yang mana jualan peranti rumah pintar dijangka meningkat lebih dua kali ganda kepada RM2.7 bilion menjelang 2027.

Pengurus Jualan Global Aqara, Harry Zhang berkata, pihaknya menjalin kerjasama dengan Hello Smart Sdn Bhd sebagai pengedar sah dan rakan kongsi perkhidmatan Aqara di Malaysia.

Katanya, sejak Aqara mula memasuki pasaran Malaysia pada 2019, pihaknya menyaksikan pertumbuhan jualan tahunan meningkat sebanyak 100% berturut-turut.

"Pencapaian luar biasa ini menggambarkan permintaan kukuh untuk penyelesaian rumah pintar revolusioner Aqara, termasuk sistem pemantauan rumah kami, kunci pintu dan kamera keselamatan, yang memberikan faedah luar biasa dari segi kesenangan, keselamatan dan ketenangan fikiran.

"Hari ini, kami sangat teruja untuk melancarkan Aqara secara rasmi di Malaysia, bersama dengan empat produk rumah pintar baharu kami yang inovatif.

"Bagi memberi penawaran terbaik, kami percaya Aqara boleh memacu pertumbuhan pasaran rumah pintar Malaysia, yang dijangka bernilai RM2.7 bilion menjelang 2027," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurut firma penyelidikan, Statista, pasaran rumah pintar Malaysia masih di peringkat awal pertumbuhan, dengan jumlah jualan peranti rumah pintar dianggarkan berjumlah AS$268.2 juta (RM1.25 bilion) pada 2022.

image is not available

Di Malaysia, hanya satu daripada 10 rumah (13.8%) mempunyai peranti rumah pintar, menurut Statista. Angka ini dijangka akan meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2027, iaitu kepada 26% di kala kesedaran pasaran meningkat, kos peranti pintar menurun dan keupayaan teknologi meningkat.

Kadar penembusan yang lebih tinggi ini dijangka akan menghasilkan jualan tahunan peranti rumah pintar lebih dua kali ganda kepada AS$581.70 juta (RM2.71 bilion) pada 2027.

image is not available

Bagaimanapun, anggaran ini meninggalkan banyak ruang untuk pertumbuhan. Da;am kalangan pemilik peranti rumah pintar di Malaysia, purata perbelanjaan tahunan untuk teknologi rumah pintar diramal mencecah AS$247 pada 2027, lebih 50% lebih rendah daripada AS$547 yang dibelanjakan oleh pemilik peranti rumah pintar AS pada 2022.

Memandangkan permintaan untuk produk ini semakin meningkat di Malaysia, teknologi rumah pintar telah dilancarkan di kebanyakan projek kediaman utama termasuk Gamuda Land's Gamuda Cove di selatan Lembah Klang, OSK Property's Ryan & Miho di Petaling Jaya dan IJM Land Bhd's Swans @ Bandar Rimbayu di Selangor. - DagangNews.com