Aqil Zulkiflee nasihat suami isteri elak tinggal bersama mentua – “Privasi, emosi pasangan kena jaga”

Family & ParentingLifestyle
7 Nov 2025 • 9:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Aqil Zulkiflee nasihat kepada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga berkaitan kepentingan tinggal berasingan daripada keluarga mentua selepas berkahwin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aqil di laman Threads, dia menyarakan agar suami isteri mengutamakan privasi dan menjaga emosi masing-masing dengan menetap di rumah sendiri berbanding kediaman mentua.

Aqil Zulkiflee nasihat

image is not available

 “Susah macam mana sekalipun, kalau dah kahwin seeloknya usahakan untuk tinggal asing dengan keluarga mertua.
“Privasi untuk suami dan isteri tu penting ya. Bila dah kahwin, hanya kita dan pasangan sahaja. Bila ada orang lain dalam rumah, kau buat la baik macam mana pun, mesti akan ada masalah. Emosi pasangan kena jaga,” katanya.

Artikel lain: Nubhan bawa anak jumpa pembantu rumah, Dr Fie komen – “Bibik lebih layak dari ibunya?”

Aqil Zulkiflee nasihat

image is not available image is not available

Netizen setuju dengan Aqil

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan itu, sambil berkongsi pengalaman masing-masing tentang cabaran hidup sebumbung dengan keluarga mertua.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada yang kongsi pengalaman tinggal dengan mentua

image is not available image is not available

Sumber: Threads @Aqil Zulkiflee