“Ara Ada Persembahan Ballet, Ayden Jatuh & Kening Luka” – Bella Astillah Urus Anak-Anak Sendirian, Nasihat Tentang Pentingnya Kehadiran Ibu Bapa

Family & ParentingLifestyle
21 Jul 2025 • 11:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dapat dilihat di platform Instagram penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dirinya tidak menang tangan mengendalikan anak-anaknya, Ayden serta Ara yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

Tak menang tangan urus anak-anak sendirian

Dalam video yang dikongsikan kepada umum, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkongsikan momen pada hari kejadian yang melibatkan kedua-dua anaknya.

Kata ibu tunggal tersebut, biarpun mempunyai jadual yang padat, dia gembira dapat bersama anak-anak pada hari yang penting untuk mereka.

Seawal umur lima tahun Ara sudah melakukan persembahan ballet di hadapan orang ramai dan saya sangat teruja dapat berada di sisinya untuk memberi sokongan. Tapi dalam tengah sibuk, Ayden jatuh dan kening dia luka jadi kami terpaksa pergi ke klinik.

“Ia bukan tentang sempurna tapi tentang sentiasa hadir untuk mereka”

Tambahannya lagi, emosi pada hari kejadian bercampur baur, di mana dia berasa penat dan risau tetapi dalam pada masa yang sama tetap gembira.

Bella turut sempat menasihati kaum ibu bapa bahawa betapa pentinganya kehadiran mereka apabila mempunyai majlis penting melibatkan anak-anak kerana ia dapat membantu emosi anak kecil.

Kepada semua ibu dan bapa di luar sana, kehadiran anda sangat bermakna. Ia bukan tentang menjadi sempurna, tetapi tentang sentiasa hadir untuk mereka.

image is not available 2025-07-19 11:09:43

Aliff Aziz Lari Daripada Media, Enggan Ulas Dakwaan Mahu Rampas Hak Penjagaan Anak Daripada Bella Astillah