Ara Johari Jadi Mangsa Cabul Lepas Persembahan, Lelaki Tiba-Tiba Tarik Tangan Dan Cium

26 Jun 2023 • 7:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi terkenal, Ara Johari didawa telah dicabul selepas dirinya mengadakan sebuah persembahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan. Allahu!

Menerusi perkongsian di IG Story, Ara mengatakan yang seorang lelaki secara tiba-tiba menghampiri dan ingin bergambar dengannya.

image is not available

Kemudian, lelaki itu mahu bersalaman buatkan Ara berasa kurang senang. Selepas je lelaki itu beredar, dia datang semula dan menarik tangan Ara dan mencium sebanyak dua kali.

image is not available

Penyanyi itu terus menjerit apabila diperlakukan sebegitu dan lelaki berkenaan cuba larikan diri tapi berjaya ditahan orang awam. Kebetulan polis berada di kawasan itu dan terus bawa suspek ke balai polis.

Ara Johari buat laporan polis & suspek telah ditahan

image is not available

Terkini! Ara telah membuat laporan polis. Suspek itu juga sudahpun ditahan oleh pihak pengajur sebelum dibawa ke balai polis dan perkara ini dimaklumkan sendiri Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved