Ara Johari jadi mangsa cabul, tangan dipegang & dicium lelaki tak dikenali

26 Jun 2023 • 7:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi terkenal, Ara Johari telah mengalami detik cemas apabila dicabul lelaki tidak dikenali sewaktu selesai mengadakan persembahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

Mula2 datang nak bergambar lepastu nak salam

Menerusi perkongsian yang dibuat di Insta Story, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 26 itu menyatakan yang dia secara tiba-tiba dihampiri lelaki yang ingin bergambar dengannya.

Dia yang pada awalnya melayan dengan baik lelaki tersebut mula berasa kurang selesa apabila dia mahu bersalaman pula selepas itu.

image is not available

Datang lagi terus pegang & cium tangan

Tak lama selepas beredar, dia sekali lagi didatangi lelaki tersebut yang menarik tangannya dan mencium sebanyak dua kali sehingga dia berasa terkejut serta takut.

Melihat dari tindakan biadap lelaki berkenaan, dia telah menjerit dan suspek dipercayai cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam.

Kebetulan, pihak polis melalui kawasan tersebut dan lelaki itu terus dibawa ke balai polis.

image is not available

Ara buat laporan polis

Ara juga telah memuat naik laporan polis yang dibuat memandangkan tindakan suspek adalah satu bentuk jenayah gangguan seksual.

image is not available

Suspek sudah ditahan reman pihak polis

Dalam pada itu, memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim memaklumkan yang suspek sudahpun ditahan oleh pihak pengajur dan dibawa ke balai polis.

image is not available

Kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Difahamkan, lelaki tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau an permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Seremban dan permohonan reman diluluskan selama tiga hari mulai hari ini.

Sumber: Instagram Ara Johari, Berita Harian (Ahmad Hasbi)