Arab Saudi akui Putera Mahkota minta Trump kurangkan ketegangan di Asia Barat

WorldPolitics
3 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi akui Putera Mahkota minta Trump kurangkan ketegangan di Asia Barat

RIYADH/WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Presiden Amerika Syarikat (AS).  Donald Trump mengadakan perbualan telefon yang bertujuan mengurangkan ketegangan di rantau itu, menurut agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA, pada Ahad.

“(Putera Mohammed)  menegaskan keperluan untuk mengutamakan dialog bagi mengurangkan ketegangan dan pentingnya menggembleng segala usaha yang mungkin untuk mencapai gencatan senjata bagi membuka jalan kepada penyelesaian secara diplomatik,” lapor SPA.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Trump berkata, beliau memutuskan untuk menangguhkan serangan baharu terhadap Iran susulan permintaan daripada beberapa negara Teluk.

Putera Mahkota itu berkata, usaha meredakan ketegangan perlu mengelakkan konflik yang lebih besar daripada tercetus sehingga boleh memberi kesan terhadap keselamatan serantau dan antarabangsa.

Trump mengumumkan pada petang Sabtu bahawa beliau memutuskan untuk menangguhkan serangan baharu ke atas Iran dan mendakwa sekutu-sekutu AS di Asia Barat telah mencapai garis asas perjanjian untuk menamatkan perang yang sudah memasuki bulan kelima itu.

“Perjanjian yang sedang dibentuk itu akan merangkumi pembukaan Selat Hormuz secara segera, lengkap dan sepenbuhnya serta penamatan ancaman nuklear Iran,” tulis Trump dalam catatan media sosialnya.

“Berdasarkan permintaan ini, saya telah bersetuju, demi manfaat masa depan dunia dan juga kelangsungan hidup Iran yang berjaya serta makmur, untuk membatalkan serangan tersebut, tertakluk kepada kemampuan untuk mencapai perjanjian dengan segera,” kata Trump.

“Negara Israel menyertai saya dalam komitmen ini,” tambahnya.

Bagaimanapun, agensi berita Iran, Mehr, pada Ahad menafikan dakwaan Trump bahawa Republik Islam itu meminta AS  supaya tidak meneruskan serangan baharu.

Amerika dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari, mencetuskan perang yang menurut Trump bertujuan memusnahkan keupayaan peluru berpandu Teheran, menghalang negara tersebut daripada memperoleh senjata nuklear serta menamatkan sokongannya terhadap kumpulan bersenjata sekutu-sekutunya. – AGENSI

The post Arab Saudi akui Putera Mahkota minta Trump kurangkan ketegangan di Asia Barat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved