Arab Saudi Bakal Jadi Lebih Kaya Selepas Jumpa Emas Di Lombong Sepanjang 100km

Business & Finance
29 Dec 2023 • 3:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Negara Arab Saudi nampaknya bakal menjadi lebih kaya lagi selepas ini selepas berjaya menemukan emas yang banyak di lombong sepanjang 100km.

Negara yang sememangnya sudah kaya dengan hasil minyak itu mendedahkan penemuan itu yang berada di kawasan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Makkah.

Memandangkan nilai emas dilihat semakin meningkat, syarikat perlombongan yang dikenali sebagai Maaden akan meneruskan pengembangan kawasan melombong emas.

Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi.

Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Robert Wilt berkata kawasan itu berpotensi untuk menjadi pusat penemuan emas dunia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved