Arab Saudi Umum Temui Emas Sepanjang 100km Dalam Lombong Di Wilayah Mekah

29 Dec 2023 • 5:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Arab Saudi umum temui emas di lombong Mansourah Massarah sepanjang 100 kilometer ke selatan di bawah pentadbiran Al Khurmah, di wilayah Mekah pada Khamis lepas.

image is not available

Foto: Saudi Gazette

Memetik laporan Saudi Gazette, syarikat perlombongan iaitu Maaden menyatakan ia merupakan penemuan pertama di bawah program penerokaan yang dilancarkan pada 2022.

“Kami telah menemui banyak kawasan yang kaya dengan emas dan menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan logam berharga di kawasan itu,” kata syarikat itu.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan juga telah melakukan penggalian di beberapa kawasan di Selatan Uruq dan menemui sampel yang sama seperti di Mansourah Massarah.

Arab Saudi umum temui emas di wilayah Mekah

image is not available

Foto: Business Recorder

Selain itu, mereka turut menemui emas di dua kawasan penggalian 400 meter daripada Mansourah Massarah yang membawa maksud banyak emas di kawasan tersebut.

Oleh kerana itu, Maaden merancang untuk memperbanyakkan lagi penggalian di sekitar kawasan Mansourah Massarah pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt berkata, penemuan itu telah mewujudkan potensi kawasan terbabit menjadi pusat penemuan emas dunia selain sebahagian daripada strategi pertumbuhun syarikat itu.

image is not available

Foto: Mining Digital

“Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi,” ujarnya.

Sekadar info, 67 peratus saham Maaden dimiliki oleh Public Investmen Fund (PIF), dana kekayaan kerajaan yang juga syarikat perlombongan terbesar di rantau Teluk.