Arab Saudi Benarkan Wanita Lakukan Ibadah Haji & Umrah Tanpa Mahram

Entertainment
13 Oct 2022 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Telah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk menunaikan haji di Mekah apabila sudah berkemampuan.

Selama berpuluh tahun, Arab Saudi meletakkan kewajipan bagi kaum wanita yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah untuk membawa mahram ke tanah suci itu.

Pun begitu, baru-baru ini, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan bahawa wanita yang datang ke Arab Saudi kini boleh menunaikan haji tanpa mahram, atau penjaga lelaki.

image is not available
Gambar hiasan

Menurut laporan Arab News, Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah, Ahmed Saleh Halabi pula berkata, walaupun ia telah dibenarkan, tetapi wanita yang ingin melakukan ibadah tersebut harus ditemani “wanita yang boleh dipercayai atau syarikat yang selamat” untuk menunaikan haji atau umrah.

Difahamkan, keputusan itu dilakukan bagi memudahkan wanita yang bergelut untuk mencari mahram untuk melakukan ibadah tersebut kerana ia boleh menjadi satu proses yang melambatkan.

Selain itu, pihak Arab Saudi juga telah memaklumkan bahawa terdapat pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan, ia termasuk dengan menggunakan teknologi moden.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.