Arab Saudi beri kepercayaan, Malaysia jadi negara pertama di dunia agih kad nusuk

23 Apr 2025 • 1:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia mencipta satu lagi sejarah dalam pengurusan ibadah haji apabila menjadi negara pertama di dunia diberi keizinan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengedarkan kad Nusuk kepada bakal jemaah haji sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.

Arab Saudi beri kepercayaan kepada Malaysia

Menerusi hantaran yang dibuat Dato’ Setia Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar di Facebook, beliau menyatakan Kad Nusuk merupakan kad identiti digital rasmi yang wajib dimiliki oleh semua jemaah haji, dan tahun ini, Malaysia dipilih sebagai negara perintis untuk pengagihan awal kad tersebut dalam negara.

“Tahun lepas, kad Nusuk diserahkan di Makkah menjelang Wukuf, namun tahun ini ia diagihkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan jemaah,” katanya.

image is not available

Satu pengiktirafan dari Arab Saudi kepada negara

Tambah beliau, kejayaan ini merupakan pengiktirafan besar terhadap sistem pengurusan haji negara yang cekap serta hasil hubungan erat antara Tabung Haji (TH) dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Jika kita berjaya menguruskan agihan kad Nusuk dalam negara ini, inisiatif ini akan diperluaskan ke negara Islam lain,” katanya.

image is not available

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan CEO TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman.

image is not available

Pengagihan kad lebih awal ini dijangka memudahkan kelancaran urusan di Tanah Suci, selain menjadi penanda aras baharu dalam pengurusan haji peringkat global.

Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr Naim