Arab Saudi Dalam Perbincangan Untuk Ambil-Alih Perisian Pembangunan Permainan, Unity

WorldGaming
6 Nov 2026 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Arab Saudi melalui dana PIF sedia melakukan pelaburan dan pengambil-alihan sejumlah syarikat, terutamanya yang memfokuskan permainan video. Terbaru, ia dilaporkan PIF turut telah mengadakan perbincangan untuk mengambil-alih perisian pembangunan permainan popular, Unity.

Image from: Arab Saudi Dalam Perbincangan Untuk Ambil-Alih Perisian Pembangunan Permainan, Unity

Ia dikatakan perbincangan telah diadakan dalam beberapa minggu ini, menyatakan nilai pengambil-alihan sekitar $25 bilion. Buat masa ini, tiada sebarang keputusan akhir yang telah dilakukan. Semua pihak terlibat termasuk Unity tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini.

Arab Saudi sedia memfokuskan kepada permainan video dan esukan kebelakangan ini. Mereka turut telah mengambil-alih Electronic Arts melalui konsortium, disamping turut telah mengambil-alih Niantic yang popular dengan Pokemon Go sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved