Arab Saudi Kini Membenarkan Kanak-Kanak Semua Peringkat Umur Masuk Masjidil Haram

15 Aug 2022 • 12:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Arab Saudi Kini Membenarkan Kanak-Kanak Semua Peringkat Umur Masuk Masjidil Haram

MAKKAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa kanak-kanak di semua peringkat umur dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Makkah.

Pengumuman itu dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui akaun rasmi Twitter yang menyatakan ibu bapa kini boleh membawa anak-anak mereka ke Masjidil Haram.

Selain itu, penjelasan kaedah pengeluaran permit untuk kanak-kanak juga dinyatakan dalam pengumuman tersebut. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun keatas, permit khas yang sesuai dikhaskan diperlukan melalui aplikasi Eatmarna.

Manakala bagi kanak-kanak berumur kurang 5 tahun, mereka boleh memasuki Masjidil Haram tanpa perlu mendapatkan sebarang permit masuk.

Sehubungan dengan itu, kementerian tersebut juga membenarkan pemegang semua jenis visa dari semua negara dengan tujuan pelancongan dan lawatan untuk menunaikan ibadah umrah sepanjang berada di Arab Saudi.