
RIYADH: Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi memusnahkan 136 sasaran ketenteraan Houthi dalam operasi berskala besar terhadap kumpulan yang disokong Iran hari ini.
Jurucakap gabungan, Turki al-Maliki berkata, operasi berkenaan menyasarkan anggota serta keupayaan ketenteraan kumpulan Houthi di kawasan yang dikuasainya di Yemen.
Konflik antara Houthi dengan kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan disokong Arab Saudi kembali tercetus pada Julai lalu sebelum merebak ke wilayah Arab Saudi.
Houthi turut melancarkan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu terhadap hab pengangkutan, kemudahan minyak serta sasaran awam lain di Arab Saudi, pengeksport minyak mentah terbesar dunia.
Dalam pada itu, saluran televisyen Houthi, Almasirah, melaporkan peluru berpandu Arab Saudi menyasarkan beberapa kawasan di wilayah Saada, barat laut Yemen.- AFP
The post Arab Saudi musnahkan 136 sasaran tentera Houthi appeared first on Utusan Malaysia.

