Arab Saudi musnahkan dron di ruang udara Madinah

31 Oct 2026 • 9:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi musnahkan dron di ruang udara Madinah

RIYADH: Gabungan tentera diketuai Arab Saudi yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman, yang disokong Iran berkata pada Jumaat bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan sebuah dron Houthi di ruang udara wilayah Madinah, lokasi terletaknya masjid kedua paling suci dalam Islam.

Arab Saudi terlibat dalam peperangan di Yaman bagi menyokong kerajaan negara itu yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Insiden itu berlaku ketika kumpulan Houthi melancarkan serangan berterusan selama beberapa minggu terhadap bandar, lapangan terbang dan infrastruktur tenaga di Arab Saudi.

Serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada 10 Oktober lalu mengorbankan 13 penumpang dan mencederakan lebih 300 yang lain. – AGENSI

The post Arab Saudi musnahkan dron di ruang udara Madinah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved