Arab Saudi Rancang Bina Pencakar Langit Sepanjang 170 Kilometer Yang Bernilai RM4.45 Trillion

26 Jul 2022 • 5:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kerajaan Arab Saudi mengemukakan rancangan untuk membina bangunan pencakar langit yang dianggarkan bernilai AS$1 trillion (RM4.45 trillion).

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik Daily Mail, bangunan pencakar langit yang digelar sebagai projek Mirror Line itu akan diperbuat daripada kaca cermin dan akan dibina setinggi 487.6 meter.

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman Al Saud telah mengumumkan pada Januari tahun lalu bahawa Mirror Line akan menjadi sebahagian daripada bandar futuristik NEOM.

“Projek Mirror Line dilihat merupakan revolusi peradaban yang mengutamakan manusia,” ujar Putera Mohammed.

Dua bangunan sepanjang 170 Kilometer

Mirror Line bakal terdiri daripada dua pencakar langit yang berdiri selari antara satu sama lain yang akan merentasi padang pasir, pantai dan landskap gunung sepanjang 170 kilometer.

Dijangka mengambil masa 50 tahun untuk siap

Putera Mohammed sebelum ini menyatakan hasrat mahu projek tersebut disiapkan pada 2030, namun pasukan jurutera menyatakan bahawa ia mungkin mengambil masa selama 50 tahun untuk dibina.

image is not available
Foto: Twitter NEOM

“Bangunan ini terlalu panjang sehingga ia akan didirikan di atas struktur keras untuk mengambil kira kelengkungan bumi dan juga mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi di bawahnya.

“Jika siap sepenuhnya, bangunan pencakar langit itu akan merentasi dari Teluk Aqaba melalui banjaran gunung dan pantai sehingga ke `aerotropolis’ padang pasir,” lapor Wall Street Journal.

Projek itu dijangka menempatkan lima juta penduduk serta mampu mewujudkan beribu peluang pekerjaan selepas ia siap dibina nanti.

Source: