Arab Saudi salur bantuan RM243 juta kepada kerajaan Yemen

2 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi salur bantuan RM243 juta kepada kerajaan Yemen

RIYADH: Arab Saudi menyalurkan bantuan belanjawan baharu bernilai lebih 224 juta riyal (RM243 juta) kepada kerajaan Yemen.

Perkara itu disahkan Duta Arab Saudi ke Yemen, Mohamed Al-Jabir, dalam hantaran di X pada Khamis.

Dana itu disalurkan ketika ketegangan antara Riyadh dan kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran semakin memuncak, dengan Houthi meningkatkan serangan ke atas bandar-bandar serta kemudahan tenaga Arab Saudi.

Al-Jabir berkata, bantuan itu disalurkan atas arahan kepimpinan Arab Saudi dan sebagai tindak balas terhadap permintaan kerajaan Yemen, susulan apa yang disifatkannya sebagai serangan pengganas oleh Houthi terhadap sumber, harta benda dan kepentingan rakyatnya.

Beliau berkata, geran yang disalurkan melalui Program Pembangunan dan Pembinaan Semula Arab Saudi untuk Yemen itu bertujuan menyokong aliran tunai kerajaan, dasar fiskal serta kuasa beli rakyat di negara itu.-AGENSI

The post Arab Saudi salur bantuan RM243 juta kepada kerajaan Yemen appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved