Arab Saudi nafi ada cubaan bom Masjidil Haram

2 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi nafi ada cubaan bom Masjidil Haram

RIYADH: Arab Saudi menafikan dakwaan berlaku cubaan pengeboman berani mati di Masjidil Haram, Mekah, selepas seorang lelaki ditahan kerana mengganggu jemaah dan mencetuskan panik.

Pihak berkuasa keselamatan berkata lelaki itu ditahan selepas mengganggu orang awam serta menimbulkan ketakutan dan panik sebelum tindakan segera diambil terhadapnya.

“Pihak berkuasa keselamatan mengesahkan bahawa dakwaan yang tersebar berhubung kejadian itu adalah tidak benar,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X pada Jumaat.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti atau maklumat lanjut mengenai lelaki berkenaan.

Sebelum ini, dakwaan yang tersebar di media sosial mendakwa seorang lelaki disyaki pengebom berani mati memakai vest berisi bahan letupan sebelum menghampiri Kaabah.

Menurut dakwaan itu, lelaki berkenaan kemudian ditahan anggota keselamatan.- ANADOLU

The post Arab Saudi nafi ada cubaan bom Masjidil Haram appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved