Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema

WorldFootball
9 Dec 2024 • 11:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Benzema

BINTANG bola sepak Perancis, Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034™ berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.

“Dalam tempoh 10 tahun, saya percaya Kerajaan ini akan bersedia untuk Piala Dunia FIFA 2034™.

“Latihan akan bermula dengan pemain-pemain muda, kerana itu adalah perkara paling penting: membina asas kukuh untuk mencapai tahap tertinggi,” kata Benzema semasa lawatannya ke Jeddah.

Semasa lawatan itu, Benzema turut bertemu pemain bola sepak di pusat latihan serantau Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi.

Beliau memuji usaha Arab Saudi sebagai sebuah negara yang menarik untuk diterokai, selain inisiatif sukan yang pelbagai.

Pemain itu turut memuji kemajuan dan lonjakan kualiti yang diperlihatkan dalam sukan itu, di samping menggalakkan orang ramai untuk datang ke Arab Saudi bagi memahami keunikan negara itu secara langsung.

Benzema turut menyuarakan rasa kagum terhadap keramahan rakyat Saudi dan menggambarkan pengalamannya sebagai sesuatu yang luar biasa. - Bernama-SPA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved