Arab Saudi tepis dron Houthi ‘tembus’ kota Mekah

WorldPolitics
16 Sep 2026 • 9:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Arab Saudi tepis dron Houthi ‘tembus’ kota Mekah

MEKAH – Arab Saudi mengaktifkan amaran kecemasan di kota suci Mekah buat kali pertama sejak kumpulan Houthi di Yemen meningkatkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas kerajaan berkenaan, lapor saluran berita Al-Minitor.

Arab Saudi mengeluarkan amaran kecemasan di Mekah semalam, dan memberi amaran tentang ‘potensi bahaya’, menandakan amaran sedemikian yang pertama di kota suci itu sejak pemberontak Houthi mula menyerang kerajaan tersebut dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Platform Amaran Awal Kebangsaan bagi Kecemasan mengeluarkan amaran tersebut, menurut Pertahanan Awam Arab Saudi, tanpa menetapkan sifat bahaya berkenaan. 

Ia menggesa penduduk untuk mengelakkan kawasan sesak serta terbuka dan segera berlindung di dalam bangunan.

Pertahanan Awam kemudiannya menyatakan bahawa bahaya telah berlalu, sambil menyeru penduduk untuk terus mengelakkan perhimpunan.

Amaran serupa telah dikeluarkan semalam bagi wilayah Jeddah dan Taif dan ditarik balik tidak lama kemudian.

Amaran kecemasan itu menyusul di tengah-tengah serangan berulang kali oleh Houthi terhadap Arab Saudi.

Sekurang-kurangnya 13 orang awam cedera dalam siri serangan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan oleh Houthi ke arah bandar-bandar Arab Saudi seperti Khamis Mushayt, Abha dan Taif pada kelmarin. – AGENSI

The post Arab Saudi tepis dron Houthi ‘tembus’ kota Mekah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved