Arab Saudi tubuh pakatan pertahanan maritim lindungi Laut Merah

WorldPolitics
31 Jul 2026 • 2:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arab Saudi tubuh pakatan pertahanan maritim lindungi Laut Merah

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan penubuhan sebuah pakatan pertahanan maritim bagi menjamin keselamatan pelayaran di sekitar Selat Bab al-Mandab yang strategik.

Langkah itu diambil selepas kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yemen minggu lalu mengumumkan sekatan maritim ke atas Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, selain mendakwa melancarkan serangan terhadap kapal tangki minyak Riyadh di Laut Merah dan infrastruktur minyak di negara itu.

Laluan laut yang sempit itu menjadi saluran penting bagi penghantaran sejumlah besar minyak mentah Arab Saudi ke pasaran antarabangsa selepas eksport tenaga dari rantau Teluk sebahagian besarnya terjejas akibat kebuntuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Selat Hormuz.

Kementerian Pertahanan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bersama bagi pihak 14 negara anggota pakatan itu, iaitu Bahrain, Bangladesh, Djibouti, Mesir, Jordan, Kuwait, Nigeria, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Turkiye dan Yemen.

Menurut kementerian itu, pakatan berkenaan bertujuan memperkukuh keselamatan maritim, menjamin kebebasan pelayaran, melindungi laluan perdagangan antarabangsa serta saluran bekalan tenaga, selain mempertahankan kepentingan maritim bersama di Selat Bab al-Mandab, Laut Merah dan Teluk Aden.

Kementerian itu memaklumkan pihaknya menjemput 51 negara dan organisasi untuk menghadiri mesyuarat berkaitan pakatan berkenaan di Riyadh pada Khamis.

Menurutnya, wakil daripada 43 negara serta satu delegasi Kesatuan Eropah (EU) menghadiri mesyuarat itu, dengan 14 negara mengesahkan sokongan mereka manakala negara lain masih dalam proses berbuat demikian.

Arab Saudi dan kumpulan Houthi saling melancarkan serangan awal bulan ini buat kali pertama dalam tempoh beberapa tahun, sekali gus mengancam gencatan senjata yang dimeterai pada 2022 walaupun tempohnya telah tamat.-AFP

The post Arab Saudi tubuh pakatan pertahanan maritim lindungi Laut Merah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved