Arah kiblat di Gunung Kinabalu hanya penuhi keperluan pendaki Islam

19 Nov 2026 • 9:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arah kiblat di Gunung Kinabalu hanya penuhi keperluan pendaki Islam

KOTA KINABALU: Pemasangan penanda arah kiblat di Gunung Kinabalu hanya bertujuan memberi keperluan pendaki beragama Islam menentukan arah Kaabah ketika menunaikan solat.

Mufti Sabah, Datuk Dr Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kemudahan itu tidak menghalang penganut agama lain daripada berdoa atau mengamalkan kepercayaan masing-masing sepanjang berada di gunung berkenaan.

Katanya, pemasangan penanda kiblat juga bukan dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya memerlukan pengesahan rasmi badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau jabatan agama berkaitan bagi memastikan ketepatan arah.

“Tiada istilah keistimewaan eksklusif kepada satu-satu agama di Gunung Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh melakukan aktiviti keagamaan bergantung kepada keperluan serta kelulusan daripada pihak berautoriti, iaitu Taman-Taman Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadilan tidak seharusnya diukur berdasarkan penyamarataan semua bentuk kemudahan agama, sebaliknya perlu dilihat dari sudut penghormatan dan layanan saksama kepada setiap pengunjung.

“Orang ramai tidak harus keliru antara menyediakan kemudahan untuk satu agama dengan memberikan keistimewaan sehingga menafikan hak agama lain. Itu adalah dua perkara yang sangat berbeza,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan penanda arah kiblat yang disemak dan disahkan Jabatan Mufti Negeri Sabah ditempatkan di beberapa hentian rehat sepanjang laluan pendakian Gunung Kinabalu bagi memudahkan pendaki menunaikan ibadah.

Inisiatif itu antara pengisian program pendakian Gunung Kinabalu membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan bersama warga agensi berkenaan. – UTUSAN

The post Arah kiblat di Gunung Kinabalu hanya penuhi keperluan pendaki Islam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved